Wednesday 4 November 2015

Anak-anak ku yang meningkat Dewasa

Anak pertamaku kini telah berusia 3 tahun 11 bulan. Namanya Siti Khadijah. Seorang yang suka berborak, peramah, berkawan dan suka bergambar. Aku ingat lagi semasa dia kecil dulu, semua suka pegang dia. Di katakan dia seorang yang comel dan gebus. Bila dah besar badan dia mula susut tapi mempunyai kelebihan suka bercakap dan suka menghiburkan hati kami sekeluarga. Ada saja perkara yang dibuat dan cakap buat kami ketawa dan tersenyum. kadang -kadang nak marah pun tak jadi. Seorang suka bergaya. Nama Butik kami di inspirasikan atas nama dia. Alhamdulillah semoga dia menjadi anak yang soleha dan hormat orang tua.











Dia seorang anak yang dengar cakap. Suka membantu kita mengemas rumah, masak dan macam-macamlah. Hobi dia suka berenang. Hari minggu memang wajib kami bawa mereka ke kolam renang. Demi mereka kami sanggup lakukan apa sahaja walaupun